Bilik JICA sungguh selesa. Dapat bilik 1 org satu. Ada tv, radio, dvd player, VHS player dan lain2. Yg paling penting, bilik air nye sesuai utk org Msia. Tak payah bawak gayung, getah shower mmg panjang, bole sampai ke tandas. Pepaham la kan. So, for those yg risau tentang toilet kat JICA ni, worry no more sbb mmg selesa dan sesuai.. tapi toilet kat luar dr JICA ni belum tau lagi keadaannyer.. tapi klu kat airport tadi, ala2 shower dari bawah.. hehee..
Katil pun agak besar, sesuai untuk kengkawan dtg bertandang atau tumpang tido. I thought i sorang aje yg ade 'sikit' penakut tido sorang kat tmpt yg tak biase, rupenyer ramai peserta wanita yg hadapi masalah yg sama. So kami decide tido berdua2, tukar2 bilik, hari ni aku tido bilik Jona, esok Jona tido bilik aku, mcm tu la lebih kurang cycle nyer..
.
.
Utk makan pulak, JICA just provide breakfast. Utk lunch n dinner, kami diberi meal card (guna elaun yg JPA bagi tu). Memandangkan hari ni Sunday, first day sampai, pastu takde kelas lg, kafe pun tak bukak. Perut pun dah lapau. Nasib my mama n ayah ade bekalkan serunding dgn sambal ikan bilis goreng dgn tempe (mknan wajib ke oversea). Kami beli nasi je (about 90 yen = RM3 lebih gitew), makan dgn sambal ikan bilis goreng n tempe. Mekasih mama n ayah!
Hari yg sama jugak, kami decide terus nak jalan2 sekitar Ibaraki dan Osaka. Jona nak cari kedai Apple iPhone dia. Aku nk cari kedai kasut Converse All-Star, ada pesanan penaja. Kami naik bas JICA ke Ibaraki dan kami gamble cari klu2 ade shopping mall. Kami masuk 1 kedai buku ni, kami tanye cashier awek Jepun tu... "Konnichi wa.. depato? shopping? where? show me". Mmg aku puji org Jepun ni, even depa tak bole berbahasa Inggeris tapi depa cube sehabis baik nk bantu tourist. Awek cashier ni siap draw map untuk ke Maikaru depato (Maikaru Dept Store). Kami pun follow map ke Maikaru..
.
.
Keadaan jalan/lorong2 agak tricky jugak sbb kami dok mencari signboard atau anything yg ala2 Maikaru... 2-3 kali jugak stop dan tanye org2 Jepun kat situ. At last kami pun nampak satu building besar warna merah bata tertulis MYCAL Ibaraki.. rupenyer Mycal tu lah Maikaru. Daripada tmpt kami turun bas tadi ke Mycal Shopping Centre ni lebih kurang 15 min walking distance. Mase kami jalan2 ni hujan renyai2. Ya Allah, bertambah la sejuk. Pashmina-merangkap-muffler ni la yg membantu kurangkn pedih sejuk kat muka, mulut, hidung n leher. Klu takde, mmg susah nk bernapas. Kat Mycal ni la kami beli roti n nasi.
6 comments:
sape da kirim kasut converse tu kak... gi jepun kirim kasut omputih tu, tak mahal ke? malaysia pon byk pe butik converse...
yg pasti bukan ako,takat convers tuh..mesia byk..beratla lugage ko. akopesan bole? magnet peti ais yg cute2 tp tulis japan lar.memandangkan ako ni magnet collector..pls fara prettty plssss!
CHOGM = Cheap Holidays On Govt Money.... Bestnyer
dik encem - adik aku yg pesan converse tu. jenis pump yg takde kat mesia. hanya ada kat jepun sempena converse anniversary ape tah. mmg lawa la gak..
chamint - InsyaAllah aku cube cari. dah 8 org kirim, aku bole carikn skali. tp buat mase ni dah merata tmpt aku pegi, takde yg gambar jepun2 ni. smue gambar buah2an la, kek la. aku cube ye..
dato k - alamak terasa la.. tp byk bekalan ilmu yg kami akan cube bwk balik utk negara (wahh ayat patriotik).
omoshiro so.. gambantte ne nihon no seikatsu
Balqis san - Hajimemashte farah dess. Arigatoo gozaimasu. Dozo yoroshku..
Post a Comment