From Osaka With Love - Part One

Kom-ban wa!! Alhamdullillah, sampai juge ke Land of the Rising Sun. Memandangkan masa untuk berblogging agak terhad, travelog kali ni mcm ringkasan bergambar la. Here it goes...
.
Selamat sampai ke Kansai International Airport jam 6.20am (waktu Jepun) kira2 jam 5.20am (waktu Msia). Mata dah tak boleh bukak. Ngantuk betul! Dlm flight pun tak bole tido sbb seat sempit (utk org cute mcm saye la). Ingatkn dpt business class (sbb bunyi mcm dpt, lgpun i le satu2 nyer yg request utk seat besau/upgrade ke business class), rupenye dah penuh (tapi separuh drpd group kami dpt ke business class.. iaitu mereka2 drpd 1 jabatan ni, yg uruskan ticket/flight/visa.. takpelah, depa pun dah berusaha utk memudahkan segala urusan ke Jepun.. aku redha.. walaupun..)
.

Sampai2 ke Kansai Airport dah rasa mcm masuk dlm peti ais.. sejukss! Dalam 4 deg celcius. Pakai baju berlapis2.. udah la tombam, kene pakai baju lak berlapis2, lagi la tombam! Tapi, urusan immigration mmg smooth.. easy breezy gitew. Beratur agak panjang tapi line laju sbb counter byk yg bukak. Ada pulak sorang officer yg guide counter mana nak masuk. Jadi, lebih cepat sbb kite tak tercari2.

Lepas habis immigration, kami terus ke JICA counter. Mmg dah dlm program kami perlu cari sendiri sbb tak jauh dari pintu ketibaan. Tapi, JICA sediakan seorang officer (awek Jepun) di pintu ketibaan dgn kad besar tertulis 'JICA' dan guide kami ke JICA counter. Kami diminta check luggage dan lain2 keperluan untuk JICA di sini. Aku dan Jona sempat beri souvenir pada officer JICA di counter.. mmg depa appreciate.. maklum la, mmg culture depa suke beri hadiah, apalagi klu menerimanye..
.
Lepas selesai urusan di JICA counter, kami diminta menaiki bas ke Osaka International Center di Ibaraki. Bila dah kat luar airport building dan kat atas bas, barulah nampak yg Kansai Airport ni atas man-made island. Cantikkss sgt! Tapi tak dpt amik gambar bcoz keadaan berkabus.. pastu bas plak yg bergerak2. Perjalanan ke Osaka mengambil masa lebih kurang 1 jam. Mula2 tu, aku n Jona decide tak nak tido sbb nak tengok keadaan sekitar Kansai for the first time. Lebih kurang 15 min lepas bas bergerak, kami pun... zzzzzzzzz...

Sampai Osaka International Center JICA lebih kurang jam 9.30am. Besar dan cantik tempatnya. Klu ade mase nanti, InsyaAllah akan cube bergambar di sekitar JICA. Kawasan agak terpencil, kat sebelah building ade tasik kecik.. kedai mini mart ade, lebih kurang 30 min walking distance (pada warga Jepun, dekat je, tak jauh). Lepas sampai, kami terus diminta ke dewan kuliah dan diberi short briefing. Tempat duduk dlm kelas depa dah sediakan. Ada nombor. So, tak boleh la nak pilih2 seat. Bagus juge tu. Bole berkenal2 rapat dgn peserta lain.

OK, that's all for now. InsyaAllah akan hapdate lg cerita seterusnya lepas ni. Oh ye, hari ni Ahad so kelas takde. Kami ingat nak jalan2 sekitar Ibaraki dan Osaka lepas ni. Sape yg nak tido kat bilik tu, rugi la. Bukan selalu dtg sini, even penat/ngantuk ke, lupe kan itu semua, mari kita berjalan2 cari pasal!

p/s: Ira, bagi mama n ayah baca blog aku ni.. i nk kongsi betapa doa mereka yg membuatkan aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun!

3 comments:

IraGiler said...

syian dia tejuk eh kat sane.. hehehe.. take care tau!

p/s : kalo ira tunjuk mama n ayah blog kak etty ni, nanti dorg tau blog ira plak. kantoi disitu kang. huhu.

orangrawa said...

bestla farah.....aku nak try jugak lah!!

Farah said...

the rezira - ko buka blog aku ni, share ngan depa cite2 aku, pastu tutup le, depa pun tak reti nk buka blog ko..

Org Rawa - InsyaAllah klu ade lg program mcm ni, farah bgtau ye bro!