Pagi ni 19 Jan 2009, bangun awal. Tak nak lewat ke kelas. Almaklum la, org Jepun ni amat pentingkan masa. So tak nak bagi malu Msia. Breakfast ditaja JICA. Ada nasi, salad, roti, jus, cornflakes, ikan sardin, chicken tenders etc. Aku mkn roti dgn potato salad. Itu je yg boleh bedal. Asal boleh lapik perut cukup la..
.
Kelas mula kul 9am. Hari ni briefing program dari pagi hingga ke petang. Masa sesi perkenalkan diri, aku sorang aje yg cube nak bertutur dlm bahasa Jepun. Yg lain mungkin segan2 lagi. Aku cube setakat greeting dan perkenalkan nama je. 'Konnichi wa. Watashi no namae wa Farah dess. Hajime mashte'. Yg lebih2 tu, aku pun tak reti. Ini la masanya nak mencuba. So, aku n Jona signed up for Japanese Language Class (free of charge) pada sebelah malam, but its optional.. suka hati nak join atau tak. Ade gak peserta yg tak nak join, depa kata nanti takde masa nak jalan2. Kami nak join sbb rasenyer JICA tengok participation kita. Lgpun setakat 2 kali seminggu je.
.
Lepas kelas (dlm jam 5pm, dgn belum lunch nyer) kami beramai2 bergegas ke Ibaraki utk berjalan2 cari pasal lagi. This time kami menuju ke kedai 100 yen (kedai RM4) bersebelahan dgn JR Ibaraki (Japan Railway). Mmg fofular dgn mana2 peserta JICA. Maklum la, sume bende 100 yen. Ingatkan bole la cari souvenir kat sini, tp hampeh. Fridge magnet pun takde yg lambang Jepun, sama ada bentuk buah atau kek je yg ade.
.
Kat JICA kami berkenalan dgn sorang mamat dari Solomon's Island. Eddy nama dia. Dia ni Marine Engineer. Kepala otak gile2 jugak mcm aku n Jona, that's why kami bole berkawan. Dia join program engineering dgn JICA. Dia akan stay kat Osaka ni 3 bulan. Dia decide nak join kiteorg berdua berjalan2 sekitar Ibaraki. Kami pun bawak dia ke kedai 100 yen tu dgn Mycal Shopping Center (Maikaru Depato yg kami pegi smalam).
Kak Ain tak payah la nak bergosip ye.. mcm aku tak tau. Eddy ni dah kawin. Ade sorang anak. Mlm ni kami berjalan nk dekat 2 km jugak la sbb nk tgk klu2 ade kedai2 yg jual souvenir dgn barang2 pesanan penaja. Tp tak jumpe. Takpelah, lusa kami cuba cari lagi di tmpt lain. Esok malam ada kelas bahasa so rasenyer kami tak keluar kot, boleh kami membasuh baju...
.
Mo ikanakereba nari masen (i must go now). Oyasumi nasai (good night - when going to bed)..
4 comments:
arigato....
kalo ko syg kat ako cari la yerr... hihihihi !! lgpun lama lg ko kat sana...byk tempat leh ronda. Mmg sejuk kan.... ada rasa cam nak balik M'sia tak?
chamint darling, mmg selame ni aku saaaayanggg kat ko.. skang ni bile ko order2 brg, laaaagiiii aku saaaayaaaangggg... hehehee.. InsyaAllah aku cube cari. sejuk gile bab seyy!! lemak2 yg ade langsung x mbantu. buat mase ni belum ade rase nk balik mesia lg.. hihii..
kurlezzzz ko farah...ckp jepun tu...aku jeles la sebab jepun memang aku admire sesangat culture & techno dia orang.
OrgRawa - jgn gitew bro.. bro kan selalu international, one fine day mesti dpt gi punye.. klu bukan ditaja sekalipun, maybe duit sendiri kan.. *mari tadah tgn n berdoa utk bro zul*
Post a Comment