Temu Duga Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea

19 Mac 2012 (Isnin) - Hadir temu duga program pertukaran belia Malaysia-Korea di SPA, Putrajaya. Waktu temu duga dalam surat jam 8.30 pagi. Dipanggil masuk bilik temu duga jam 12.05 tengahari. Betul la kata orang, penantian suatu penyeksaan.

Dari 1,000 orang yg mohon, hanya 400 dipanggil temu duga. Dari 400, hanya 15 orang saja yg akan dipilih berjaya. Dari 15 orang tu, hanya 2 orang sahaja Kumpulan Pengurusan & Profesional yang akan dipilih dan itupun seorang lelaki dan seorang wanita. So aku kena rebut 1 seat utk wanita tu. Peluang tipis.

So, aku tak harap apa2 sangat sebab peluang yang tipis. Just be myself (not too much hehe) dan harap dapat banggakan UiTM dengan jawapan2 aku.

Temu duga beramai2 - 4 orang sekali masuk. Group aku, 2 calon lelaki dan 2 wanita. 2 calon melayu, 1 cina dan 1 india. 1 Malaysia. Interesting group.

Aku yang mula2 buka pintu n masuk. Aku bagi salam n 'Anyong Haseyo' (poyo je rase). Aku tolak daun pintu luas2 n jemput rakan2 calon yang lain masuk n amik tempat duduk. Aku last sekali duduk setelah make sure rakan2 lain settle.

Panel perkenalkan diri dan explain serba sikit tentang program. Then panel start temu duga kami dan beri peluang pada setiap seorang dari kami untuk jawab setiap soalan. Soalan2 cepu berliannya adalah:-

1. Perkenalkan diri anda - Memandangkan masa singkat untuk setiap calon, pada saya, share something yang dapat tonjolkan diri sebagai pemimpin atau perkara terbaik yang kita telah/ sedang/ akan laksanakan.

2. Apa aktiviti/ perkara yang anda telah, sedang dan akan laksanakan, yang melibatkan belia dan komuniti? - Kalau tak penah join aktiviti belia dan komuniti, mengaku jelah. But at least cuba fikirkan aktiviti yang anda buat untuk kejiranan. Aku untung sikit sbb keje di UiTM, so memang ramai belia n aktiviti belia yg aku join.

3. Apa yang anda tahu atau baca tentang korea - masa ni, aku diberi peluang untuk jawab last sekali berbanding yang lain. Aku tengok rata2 rakan calon yang lain jawab yang sama seperti korea ni bagus, ekonomi bagus, budaya menarik dan lain2 lagi. So, aku amik peluang untuk jawab lain sikit dari yang lain untuk tarik perhatian panel.

Aku jawab "Korea ni istimewa sebab Korea itu sendiri.. K.. O.. R.. E.. A.."

Panel pelik n tanya aku "Kenapa K.. O.. R.. E.. A..?"

Akupun jelaskan "K untuk Kekuatan.. Korea bangkit dari perang yang dahsyat.. mereka tidak tahu buat senjata sendiri.. jadi mereka buat sendiri senjata dari iron n steel.. dari situlah berkembangnya industri iron n steel mereka.. mereka berdiri atas tapak kaki mereka sendiri.."

Panel tanya " O pulak?"

Aku jawab "O untuk Orang.. Warga Korea homogenous.. sama sebangsa.. mereka bersatu hati, tenaga, jiwa n raga.. Mereka menghormati antara satu sama lain.. Mereka berkongsi hasrat yang sama, mereka berkongsi visi, misi yang sama.."

"R untuk Rancangan.. pada saya Korea tidak akan menjadi seperti Korea sekarang jika para pemimpin mereka tidak merancang dan membuat keputusan2 penting untuk negara mereka dengan betul (dan beri beberapa bukti)"

"E untuk Ekonomi.. ekonomi Korea yang stabil dan kuat menjadikan Korea negara maju n disegani (dan beri beberapa contoh)..

"A untuk Adat.. Adat dan budaya Korea juga menarik.. dan di antaranya (beri beberapa contoh)"

4. Mengapa anda yang patut jadi calon berjaya program ini? - Beri alasan2 yang menarik dan unik, lain dari orang lain to earn that extra points (hopefully).

5. Semasa program ini anda akan tinggal di rumah mak ayah angkat. Bagaimana anda nak tolak hidangan pork/ haram yang lain, yang mak ayah angkat anda masakkan untuk anda? Anda tahu kan orang Korea pantang tetamu tolak hidangan yang mereka sediakan dan sebolehnya mereka akan suapkan atau make sure anda makan. Bagaimana? - Soalan ini ditujukan hanya untuk aku dan seorang lagi peserta muslim. Rakan calon tersebut jawab yang dia akan cuba menolak baik2 hidangan tersebut.

Aku pula jawab "Jika dapat, sebelum aktiviti memasak, saya akan offer diri untuk memasak untuk keluarga angkat saya."

Panel tanya "Awak nak masak apa? Di mana nak beli bahan2 masak?"

Aku jawab "Saya akan masakkan laksa asam untuk mereka. Saya fikir mereka akan suka laksa asam kerana kemasamannya, ada mee, berkuah. Ada ciri2 masakan korea. Bahan2 pun mudah nak dicari. Nak bawa dari Malaysia pun boleh"

Panel kata "Ini first time saya dengar jawapan ni untuk soalan ni".

Selebihnya, panel bercerita tentang pengalaman mereka join program ini. Mereka juga bertanyakan tahap kesihatan dan fitness kita kerana ada aktiviti lasak seperti hiking dan lain2.

Memandangkan aku ni 'comel' maka mereka tanya pada aku seorang saja "bila kali terakhir anda bersenam?". Mereka bimbang aku tak mampu untuk berjalan jauh dan buat aktiviti lasak seperti hiking dan lain2. Aku kata "Saya berharap aktiviti senam seni Malaysia dan senamrobik yang selalu saya anjurkan/ laksanakan akan dapat bantu kuatkan fizikal saya InsyaAllah". Panel senyum je. Terasa juge, dengan soalan tentang fizikal tu, habislah peluang aku.

Seusai tamat temu duga, ucapkan terima kasih pada panel atas peluang yang diberi. Ada rakan calon yang dah tak sabar2 nak keluar dari bilik temu duga lepas panel kata thank you. Maklum la, gabra. Tapi, kita kena cuba bertenang dan anggap sesi borak2 biasa je. InsyaAllah kurang sikit gabra tu.

Keluar bilik temu duga, ramai rakan2 baru yang lain ajak borak2 dan kongsi soalan2 temu duga. Rupanya ada juga yang kena menari dan menyanyi dalam kumpulan secara spontan. Ada juga yang kena soalan tentang kerajaan Korea. Macam2 ada.

So, sekarang ni tinggal tunggu result saja. Tunggu result lagi seksa dari temu duga rupanya. Ohh..

5 comments:

Anonymous said...

Macam mana result?

crabzorrina said...

so dapat x?

Anon June 2, 10:06 AM : ada temuduga kat putrajaya ke on 17 June?

Anonymous said...

Its like you read my mind! You seem to know so much about this, like you wrote the book in it or
something. I think that you can do with a few pics to drive the message home
a little bit, but instead of that, this is fantastic blog.

A fantastic read. I will certainly be back.


Check out my web-site: kings road hack attack speed

Anonymous said...

My partner andd I stumbled over here different website and thought
I may as well check hings out. I like what I see so
now i am following you. Look forward to checking out your web page
again.

My web blog my singing monsters ghazt

Anonymous said...

electronic cigarette, electronic cigarette reviews, ecig, electronic cigarette, electronic cigarette, e cig forum