From Osaka With Love - Part Five

Hari ni (21 Jan 2009) breakfast kul 8.15 am.. terlewat sket (ade ler org tuh siap kemain le lemah gemalai nyer).. nasib makanan masih byk lg.. silap hari bulan klu lewat sket, makanan dh abis licin. Hari ni, kami menapau makanan breakfast (yg ditaja sepenuhnya oleh JICA) dlm tuperware utk lunch n dinner. Almaklum la, makanan mahal sgt kat Jepun ni. Pastu, belum tau halal haramnya. Jadi, kami tapau nasi, roti, butter, telur dan lain2 makanan yg berasaskan seafood/vege utk dijadikan lunch n dinner. Projek ni kami jalankn secara senyap2.. maklum la nak idop..
.

.
Malam lepas kelas kami decide nak ke Namba, Osaka.. nak cari gadget dgn souvenir sikit2. Kami pegi naik train biasa. Mcm komuter la jugak lebih kurang. Mase kat stesen, umat Jepun ni kemain la ramai. Depa baru abis keje. Kami pun meramaikan lg umat manusia kat situ. Yang paling aku kagum, sampai je kat tmpt tunggu train tu, secara automatik org jepun ni akan beratur ikut line. Jadi, setiap line tu akan nampak sebaris umat beratur. Mmg bersabar dan berdisplin. Kapir tu! Klu kat Malaysia? Tak yah cite la.. berebut2, bertolak2 nak masuk train dulu..
.

Mula2 mmg decide nk gi Namba (Den Den) tmpt yg dikatakan byk barangan gadget. Tapi mahal je harganye. So, tanpa membuang masa, kami terus decide ke Umeda. Kat sini mmg ade 1 tmpt mcm shopping complex jual gadget mcm phone/iPOD/PSP/etc. Siap ada shopping centre bawah tanah lagik, jual barangan anime.
.
Aku mmg nk beli camera Sony Cybershot tu. Mmg dah lame simpan duit cume tak beli2. Bile sampai Jepun ni, negara kelahiran Sony Cybershot tu, aku pun survey2 dan akhirnye dpt 1 kedai ni di Umeda. Pekerja dia mmg bagus. Dia akan layan customer sehabis baik, even depa tak reti ckp omputih, tapi depa cube sedaye upaye nk cakap omputih. Sampai kekadang berbunyi2 tekak depa mcm nk terkeluar anak tekak, bile depa cube jugak nk explain sesuatu tu.
.
Aku beli Cybershot tu kat kedai mamat bawah ni. Mamat ni pekerja je tapi layan aku first class! Aku sebenarnye nak cube dapatkan diskaun dr depa. Diskaun kerana kite ade paspot antarabangsa aku dah dpt, so aku dpt less lebih kurang 1000 yen. Klu tak dpt diskaun lagi sikit, dpt free gift pun jadi la. So, aku pun memulakan langkah2 meng'ayat' mamat ni, walaupun dia x reti ckp omputih sgt:-
.
"Your face (sambil tunjuk muka dia) like Matsumoto Jun! Kawai ne (cute nyer)!" kate aku yg tgh tahan gelak.
"So dess ka? (really?) arigato.. (sambil merah2 muke dia.. perasan le tu)" kata mamat tu. Mamat tu tanye lagi aku... "You like Japan movie? who?" kate dia lagi.
"I like Takuya Kimura. Sorimachi. Takenouchi. They all look like you (terus simbah minyak urat)" kata aku.
.
Lepas dah bayar sume, dia mintak aku tunggu sekejap. Dia gi stor belakang. Dia amik plastik untuk cover paper bag aku dari hujan. Wahh betul2 jaga customer depa ni. Pastu dia bagi DUA free gift!! Ahai!! sukernyer!! tak dpt diskaun tp dpt free gift kire ok la tu kan. Kire menjadi jugak la simbahan minyak urat aku!! (Member aku pun beli Cybershot kat kedai yg same, tapi tak dpt free gift). Hehee...
.

Pukul berape dah ni? Ha?! Dah dekat kul 12 mlm! Kemain seronok bercerite.. takpelah, esok sambung. Esok pagi2 nak ke Matsushita Museum, ade lawatan tapak la pulak. Oyasumi nasai!!

2 comments:

Nukilan ida said...

kak farah kan pandai menyimbah-yimbah! hahaha..solute kak farah!

Farah said...

Dr Ida - mekasih.. itu belum aku simbah 'minyak senyonyong'.. hehee.. nmpak na tak senonoh, asyik nk dpt free gift ajek.. but it was worth trying!