The One With My Sister's Sad Story

Hari ni dapat tahu yang tesis degree adik ku telah direject oleh advisor nyer. Dengornyer, questionnaire dia kene dibuat balik... Meaning, kene buat questionnaire baru, pastu kene hantar lagi sekali kat respondents, kene kumpul lagi sekali, kene analyze lagi sekali datanye dan sebenornye, kene update balik semua tesis dia semula...

Sebab bile buat questionnaire baru, jawapan2 dari respondents pun akan berubah dan akan menyebabkan findings kepada research questions pun berubah... kiranya, macam kene buat the whole thing all over again...
Kesian dia... dia buat tesis tu siang malam... dgn penuh bersemangat kental... bukan nak berlagak tapi adik ku mmg budak yang paling pandai dlm family... mase diploma dulupun dia dpt kelas fast track... maknenyer, tempoh masa belajar diploma dia pendek dari budak2 biase... pastu masuk degree pun cepat dari budak2 lain...

Paling sedih bile dia kate "...kene extend 1 sem lagi kot...". Yalah, kite pun faham, nak buat research ni bukan senang.. especially klu diminta buat semula.. memang hadoi! Memang nasib mu telah tertulis dik... Sebelum ni, mase dia tunjuk questionnaire tu kat advisor dia, advisor dia tak komen ape2 pun... bile masa VIVA, barulah advisor dia nk hentam... (klu ikut hati jahat aku ni, nk aje aku gi hentam advisor dia tuh.. kasi lebam2 sket cukup la.. TAPI this is a learning curve for my sis.. kene la kakak dia byk bersabor sket.. jgn asyik nk hentam org ajer) kesian adinde ku... dugaan...
Takpelah adik ku, ini dugaan dari Nya... dan sesungguhnya ada HIKMAH di sebalik kejadian... Berat mata memandang, berat lagi badan ku ini.. dan berat lagi bahu adik yg memikul... Be strong iragiler... Hangin' there darling... hangin' there... you can do it! chayok! chayok! Fight-oh! Oh!

photos: credit to the original photographers/artists

The One With The Office Renovation.. Yey!!

Almost 6 years, berkhidmat di pejabat ni, dengan keadaan bilik opis yg agak hadoi.. tapi tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ada pekerjaan dan bilik opis sendiri...

So, kali ni, bajet mengizinkan opis kami diberi sedikit renovation.. tukar lantai dan aircond... its about time beb! tukar lantai - lantai sejak 1970s.. dah pecah2.. berbahaya kepada 'kenderaan berat' seperti ku.. dari pecah yg kecik2 boleh menjadi pecah berlubang tembus pulak ke tingkat bawah.. wahh!! ha tak pasal2 kang, lain pulak jadinyer..
Tukar aircond - sejak 1980s dah wujud... fiber yg dah terlalu lama dalam aircond tu bole membahayakan kesihatan dan beberapa lagi renovation (akibat kerosakan teruk) yang benar2 perlu sahaja... bukan untuk bermewah2.. yang betul2 perlu dan penting ajer... amat penting untuk berjimat cermat.. belanja dengan berhemah gitew..

"Perkenalkan... ruang anak2 buah dengan partition yang dah dibungkus untuk lindungi dari habuk dan lain2"

"Bilik opis ku yang sedang direnovate.. mase ni lantai baru siap... dipenuhi kerusi2 bilik tamu dan kerusi2 staf ku.."

"Dari dalam bilik ku... tak sabar nak 'merasmikan'.."

"Sementara pejabat direnovate, kami semua berkhidmat di dalam bilik mesyuarat hingga Disember 2008 ni.. Meriah uuu!!! Dah macam bursa saham pun ader, memang riuh dengan phone calls dan lain2. Macam company kat jepun pun ader, boss dan anak buah duduk semua selonggok sekali.. ofis terbuka gitew... aww!.."

"Inilah dia bilik opis sementara ku.. macam2 ada"

Sekian berita. Berita akan bersambung selepas renovation siap.

The One With The 2nd Day Of Aidilfitri 2008

Raya kedua mestilah melawat ke rumah saudara mara kan. Iye ker? Ade orang tu boleh pergi karaoke lagik mase raya kedua! Gila ke gile? Takde gile nyer, cume kurang siuman.. cuba tanye orang tu, nape raya kedua pegi karaoke plak? Menyimpang betul budak2 zaman skang ni..


"Maaf ye, no comment. Saye tgh nyanyi ni. Pegi tanye org bilik sebelah tu. Depa siap bawak satu family lagi. Lagi ramai u bole interview" Ujar Cik X.


"Ehh! Ja..ja..jangan interview saye cik. Ya, memang hari ni raya kedua. Ya, memang ramai family beraya kat sini hari ni. Saya tak tau la knape. No comment cik ye. Please cik.. tepi2 saye tak nampak tv kat depan tu.. tak nampak lirik nih.. potong la cik ni.." Kate si adik yipar.

"Nak interview saye? Ehh.. jangan.. jangan tak interview! Mari la sini cik. Mari la.. Ehh cik? cik? Nak pegi mane tuh? Saya belum bagi pendapat saya lagi! Cik, saya tau knape ramai org beraya kat kedai karaoke ni tau! Cik? Cik!!" Kate si adikgiler.

Tamat raya kedua - tak la bosan sgt.. cuma boring jer

The One With The First Day Of Aidilfitri 2008

Raya hari tu tak banyak sgt saat2 posing.. jadi tak banyak foto yg dpt dikongsi... raya tahun ni bosan plak rasenyer.. hanya askar2 manja je la yg menyerikan suasana..

Mama etty tanye: "bagaimana raya tahun ini Eyiq?" / Eyiq jawab : "Bagush!"

Mama etty kate : "Adik berdiri la, mama etty nak amik gambar adik pakai jubah arab ni" / Adik kate : "Taknak! Adik nak amik gambar kat bawah mcm ni.. cepat la.."

Raya pertama tamat - aku dah kate, raya tahun ni bosan..

The One With The 'Longggggg time no post' Thing!

Lame betul tak update blog ni.. azam baru (azam bulanan) nak update blog at least once a month. Kunun... Lets pray! Bee-zy sokmo..